Sunday, 15 May 2016

Pengaplikasian Alat-alat Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PENGURUSAN GRAFIK

Konsep Pengurusan Grafik

Menurut Poh Swee Hiang (1997:87), pengurusan grafik atau Graphic Organizer digunakan dengan meluas oleh Swartz & Parks (1994) dalam program Penyebatian Pemikiran Kritis dan Kreatif dalam pengajaran konten. Pengurusan grafik membantu guru atau pelajar memvisualkan bagaimana mereka berfikir tentang konten atau isi kandungan sesuatu bidang kajian. Pengurusan grafik merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang boleh digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat sesuatu idea.

Contoh Pengurusan Grafik  (PG)

1.PG Membanding Beza.
2.PG Membuat Kategori.
3.PG Meneliti Bahagian-bahagian Kecil Dan Keseluruhan.
4.PG Menerangkan Sebab Dan Akibat.
5.PG Membuat Ramalan.
6.PG Membuat Periksa Andaian.
7.PG Menjana Idea.
8.PG Menyelesaikan Masalah.



PETA MINDA



Alat-alat Berfikir

            Konsep Alat Berfikir
         Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat-alat berfikir tersebut mampu menyampaikan idea seseorang  dengan lebih tersusun, jelas, dan mudah difahami. Aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009).

         Jenis-jenis Alat Berfikir
         Menurut Tee et al. (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda dan Cognitive Reasearch Trust (CoRT).

            

Sunday, 8 May 2016

Kenangan Terindah

Pensyarah Penyelia




Gambar bersama rakan guru pelatih







Kelas yang diambil alih

2 Agama 1



2 Agama 2



Projek Mural







Sambutan Jubli Perak SMKKPPI






Hari Anugerah Kecemerlangan SMKKPPI












Friday, 6 May 2016

Maklumat Sekolah






Nama                                       :           Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Pasir
                                                            Puteh, Ipoh.
Alamat                                                :           SMK Kg. Pasir Puteh, Jalan Pengkalan Barat 18,
                                                            31650, Ipoh, Perak.
Pengetua                                 :           Tuan Haji Mohd Tahir bin Sastro
Pen. Kanan 1                           :           En. Fazul bin Yusof
Pen. Kanan HEM                    :           YM. Raja Yusoff bin Raja Baniamin
Pen. Kanan Ko-kurikulum      :           Pn. Rosilah binti Musa
Guru Pembimbing                   :           Pn. Siti Aminah binti Abdul Wahab
Visi                                          :           Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi                                         :           Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
                                                            Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
                                                            Aspirasi Negara
Motto                                      :           Pelajar Cemerlang, Guru Cemerlang,
                                                            Sekolah Cemerlang
No. Telefon Sekolah               :           05-3225150

No. Faks Sekolah                    :           05-3221615

Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Blog ini dibangunkan bagi memenuhi syarat permarkahan untuk kursus Seminar Refleksi Latihan Mengajar. Walau bagaimanapun, matlamat utama pembangunan blog ini ialah perkongsian maklumat tentang pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang pelajar semester akhir UPSI yang mengambil jurusan bahasa Melayu.

Jutaan terima kasih buat pensyarah seminar refleksi latihan mengajar iaitu Yang Berbahagia Tuan Hj. Dr. Zulkeflee bin Hj. Yaacob atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sepanjang mengikuti kursus ini. Terima kasih juga buat sahabat handai yang sentiasa memberi semangat dan panduan serta yang terlibat sepanjang perjalanan kursus ini. 

Diharapkan agar blog ini dapat memberi manfaat dan maklumat kepada para pembaca. Sekian, terima kasih.