Menurut Noor Rohana Mansor (2009:18), penggunaan soalan dan
penyoalan dalam konteks globalisasi pendidikan amat penting dan diakui secara
rasionalnya memberi kesan kepada aspek penilaian pelajar khususnya kepada kesan
perkembangan kognitif dan keintelektualan mereka. Soalan dan penyoalan membantu
kita berfikir secara mendalam dan meluas. Mohd Nasrudin Basar dan Siti Halimah
(2012:21) menyatakan bahawa soalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara
mendalam dan meluas, sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan
membolehkan kita membentuk soalan dan menggunkannya secara berkesan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-Jenis Soalan
Soalan Bertumpu
|
Soalan Bercapah
|
Aras rendah
|
Aras tinggi
|
Jawapan atau respon terhad
|
Jawapan atau respon luas
|
Berbentuk tertutup
|
Berbentuk terbuka
|
Sesusi menguji daya ingatan
|
Sesuai menguji penaakulan dan
penafsiran
|
Aplikasi
Soalan dan Penyoalan Berdasarkan Model Kod Analisis Aras Kognitif
1. Soalan Tahap Literal
A. Soalan Mengecam Mengingat.
i) Mengecam
dan mengingat definisi.
a) Apakah
maksud/makna/definisi/pengertian..
b) Berikan
maksud/makna/definisi/pengertian...
ii) Mengecam
dan mengingat fakta khusus.
a) Siapakah yang menulis...
b) Apakah tugas...
iii) Mengecam
dan mengingat aliran dan urutan peristiwa.
a) Ceritakan peristiwa kehilangan anak
raja...
2. Tahap Inferensi
A. Soalan Terjemahan
i) Menjelaskan
frasa/rangkai kata.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan...
b) Nyatakan maksud...
ii) Menjelaskan
watak.
a) Siapakah aku...
b) Terangkan keistimewaan watak...
B. Soalan Aplikasi
i)Menggunakan
idea daripada teks untuk menjelaskan sesuatu perkara.
a) Dapatkah penulis membangkitkan semangat
patriotik...
ii)Menggunakan
idea daripada teks untuk membuat perbandingan.
a) Apakah perbezaan antara...
C. Soalan Analisis
i)Menganalisis
bahan teks untuk menjelaskan maklumat tertentu.
a) Apakah fokus isi yang yang dibicarakan
dalam...
ii)Menganalisis
bahan teks untuk menyatakan contoh, alasan, dan bukti.
a) Jelaskan bukti-bukti kelesuan sungai...
D. Soalan Sintesis
i)Menggabungkan
idea daripada teks untuk memberi cadangan.
ii)Menggabungkan
idea daripada teks untuk menghasilkan rumusan. a) Rumuskan petikan dari sudut...
3. Soalan Tahap Penilaian
A. Soalan Penilaian.
i)Menilai,
mengulas dan memberi pandangan terhadap fakta teks.
a) Pada pendapat anda adakah wajar...
ii)Menilai,
mengulas dan memberikan pandangan terhadap pendapat dalam isu.
a) Pada pendapat anda, apakah kesan...
4. Soalan Tahap Penghayatan
A. Soalan Penghayatan.
i)Menghayati
bahan teks serta memberi reaksi dari sudut watak dan perwatakan.
a) Apakah perasaan anda terhadap
watak...mengapa...
ii)Menghayati,
menilai dan mengulas fakta, idea, dan nilai-nilai murni daripada teks.
a) Huraikan nilai kemanusiaan dalam
karya..
No comments:
Post a Comment