Konsep Alat Berfikir
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat-alat berfikir tersebut mampu menyampaikan idea seseorang dengan lebih tersusun, jelas, dan mudah difahami. Aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009).
Jenis-jenis Alat Berfikir
Menurut Tee et al. (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda dan Cognitive Reasearch Trust (CoRT).
No comments:
Post a Comment