Sunday 15 May 2016

Peta Minda

Konsep Peta Minda

Menurut Mohd Nasruddin Basar dan Siti Halimah Md. Yassin (2012:17), peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Peta Minda digunakan untuk merancang dan menyusun idea sebagai kerangka pemikiran untuk persembahan lisan bertulis.  Poh Swee Hiang (2000:90) menyatakan bahawa peta minda digunakan dengan menggambarkan apa yang dibaca, didengar atau ditonton sebagai teknik mencatat nota.


Contoh Aplikasi Peta Minda dalam PdP

1. Pengajaran Karangan

Dalam PdP, peta minda digunakan semasa aktiviti pembentangan oleh murid. Aktiviti pembentangan memerlukan murid untuk meringkaskan dan menyusun idea yang telah dibincangkan dalam bentuk peta minda mengikut kreativiti mereka. Contohnya semasa penyediaan rangka karangan, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan satu perenggan isi berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Pemerengganan tersebut melibatkan empat bahagian iaitu Ayat Huraian, contoh, kesimpulan dan peribahasa yang boleh dimasukkan. Hasil perbincangan tersebut hendaklah dipindahkan ke dalam bentuk peta minda sebelum dibentangkan. Murid juga dibekalkan dengan kertas sebak dan pen.



2.  Pengajaran Komponen Sastera

Dalam PdP, guru menggunakan peta minda untuk meringkaskan nota yang ingin diberikan kepada murid. Kebiasaannya dalam pengajaran komponen sastera, guru menggunakan peta minda untuk memindahkan maklumat tentang aspek yang telah dikaji. Contohnya dalam pengajaran drama Inflakasta, guru menggunakan peta minda untuk menerangkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam drama tersebut.





No comments:

Post a Comment