Friday 6 May 2016

Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Blog ini dibangunkan bagi memenuhi syarat permarkahan untuk kursus Seminar Refleksi Latihan Mengajar. Walau bagaimanapun, matlamat utama pembangunan blog ini ialah perkongsian maklumat tentang pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang pelajar semester akhir UPSI yang mengambil jurusan bahasa Melayu.

Jutaan terima kasih buat pensyarah seminar refleksi latihan mengajar iaitu Yang Berbahagia Tuan Hj. Dr. Zulkeflee bin Hj. Yaacob atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sepanjang mengikuti kursus ini. Terima kasih juga buat sahabat handai yang sentiasa memberi semangat dan panduan serta yang terlibat sepanjang perjalanan kursus ini. 

Diharapkan agar blog ini dapat memberi manfaat dan maklumat kepada para pembaca. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment