Monday, 23 May 2016

Refleksi Praktikum

Semasa menjalani latihan pengajar, guru pelatih telah memilih sebuah sekolah yang terletak di Ipoh iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh. Guru pelatih dan lima orang rakan praktikum yang lain melapor diri pada hari Isnin bersamaan 6 Julai 2015 pada pukul 7 pagi. Sewaktu tiba di sekolah, kami telah disambut oleh Penolong Kanan 1 sekolah iaitu En. Fazul. Beliau meminta kami menunggu di dalam pejabat sekolah sementara menanti pengetua tiba di sekolah. Tidak lama kemudian, pengetua sampai dan meminta kami semua masuk ke dalam pejabat beliau. Tuan pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Mohd Tahir bin Sastro meminta kami memperkenalkan diri dan mengisi nama dalam buku log. Memandangkan hari kami melapor diri ialah hari isnin, sekolah telah mengadakan perhimpunan dan kami perlu mengikuti perhimpunan sebelum meneruskan proses melapor diri. Semasa perhimpunan, tuan pengetua telah memperkenalkan kami sebagai guru pelatih yang akan berpraktikum  selama 16 minggu di sekolah tersebut.

            Selepas perhimpunan, kami diminta untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk sesi taklimat bersama pengetua dan penolong kanan 1. Sesi taklimat yang diberikan berkisar tentang latar belakang sekolah, maklumat tentang peraturan sekolah dan tugas-tugas yang akan diberikan kepada kami. Setelah selesai diberikan taklimat, kami dibawa oleh guru kanan sekolah untuk berkenalan dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Kami juga dibawa mengelilingi kawasan sekolah untuk mengenal kawasan sekolah. Pada hari pertama lapor diri, saya belum diberikan jadual mengajar dan pemberitahuan mengenai guru pembimbing juga belum diberikan. Saya diberikan jadual mengajar pada hari kedua latihan mengajar. Pada hari tersebut juga saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Siti Aminah. Saya akan menggantikan kelas beliau iaitu kelas 2 Agama 1 seramai 21 orang murid. Manakala kelas kedua yang saya ambil alih ialah kelas 2 Agama 2 seramai 22 orang murid menggantikan Puan Noriah. Selepas itu, saya dan rakan-rakan lain juga diberikan taklimat oleh guru penolong kanan HEM dan guru penolong kanan Ko-kurikulum. Saya juga mula menjalankan pengajaran pada hari kedua praktikum setelah saya mendapat jadual mengajar.


Sepanjang menjalani latihan mengajar di sekolah ini, saya mendapat pelbagai kenangan yang tidak mungkin saya lupakan baik kenangan pahit mahupun kenangan manis. Saya juga memperoleh banyak pengalaman yang dapat mematangkan diri dan memperbaik kelemahan saya.  Melalui penulisan refleksi yang dilakukan, saya dapat menilai segala kelemahan sepanjang saya menjalankan latihan mengajar. Pensyarah penyelia dan guru pembimbing merupakan individu penting yang banyak memberi teguran dan panduan untuk saya memperbaiki kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, 15 May 2016

Cognitive Research Trust (CoRT)

Konsep CoRT

Menurut Som dan Dahalan (1998), alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Istilah CoRT ialah singkatan daripada perkataan "Cognitive Research Trust" yang diasaskan oleh Edward De Bono semasa beliau mencuba alat ini di sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. CoRT terbahagi kepada beberapa kategori bermula dari CoRT 1 hingga 6. Walau bagaimanapun, perbincangan hanya menumpukan alat berfikir CoRT 1 dan 4 sahaja.

Jenis-jenis CoRT

CoRT 1 (Keluasan Persepsi)
CoRT 2 (Pengurusan Proses Berfikir)
CoRT 3 (Interaksi)
CoRT 4 (Pemikiran Kreatif)
CoRT 5 (Maklumat dan Perasaan)
CoRT 6 (Tindakan)


CoRT 1

CoRT 1 terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga teknik paduan. CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar, 2006).

Elemen dalam CoRT 1

1.PMI (Baik, Buruk, Menarik)
2.CAF (Mempertimbangkan Semua Faktor)
3.RULES (Undang-undang/Peraturan)
4.C&S (Kesan dan akibat)
5.AGO (Tujuan, Matlamat, Objektif)
6.PLANNING (Perancangan)
7.FIP (Prioriti Utama)
8.APC (Alternatif, Kemungkinan, Pemilihan)
9.DECISIONS (Keputusan)
10.OPV ( Pandangan Pihak/Individu Lain)

Contoh Aplikasi CoRT 1 dalam PdP

CoRT 4

CoRT 4 lebih berkisarkan  mengenai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif membawa maksud pemikiran yang mempunyai kebolehan untuk mencipta (menghasilkan, memperkembangkan) sesuatu idea asli dan baru. CoRT 4 merupakan proses yang diajukan sebagai alat berfikir yang boleh dilaksanakan secara sengaja dan secara langsung untuk menghasilkan keputusan. CoRT 4 membantu meningkatkan kreativiti iaitu menghasilkan persepsi baru.

Elemen dalam CoRT 4

1.YES, NO, dan PO
2.Batu Loncatan.
3.Input Rawak
4.Konsep Cabaran
5.Idea Dominan
6.Mengenal Pasti Masalah
7.Menyingkir Kesilapan
8.Kombinasi.
9.Keperluan.
10.Penilaian.

Contoh Aplikasi CoRT 4 dalam PdP




Soalan dan Penyoalan

Konsep Soalan dan Penyoalan


Menurut Noor Rohana Mansor (2009:18), penggunaan soalan dan penyoalan dalam konteks globalisasi pendidikan amat penting dan diakui secara rasionalnya memberi kesan kepada aspek penilaian pelajar khususnya kepada kesan perkembangan kognitif dan keintelektualan mereka. Soalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas. Mohd Nasrudin Basar dan Siti Halimah (2012:21) menyatakan bahawa soalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas, sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunkannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-Jenis Soalan

Soalan Bertumpu
Soalan Bercapah
Aras rendah
Aras tinggi
Jawapan atau respon terhad
Jawapan atau respon luas
Berbentuk tertutup
Berbentuk terbuka
Sesusi menguji daya ingatan
Sesuai  menguji penaakulan dan penafsiran

Aplikasi Soalan dan Penyoalan Berdasarkan Model Kod Analisis Aras Kognitif

1.         Soalan Tahap Literal

A.        Soalan Mengecam Mengingat.
           
            i)          Mengecam dan mengingat definisi.
                        a)         Apakah maksud/makna/definisi/pengertian..
                        b)         Berikan maksud/makna/definisi/pengertian...
            ii)         Mengecam dan mengingat fakta khusus.
                        a)         Siapakah yang menulis...
                        b)         Apakah tugas...
            iii)        Mengecam dan mengingat aliran dan urutan peristiwa.
                        a)         Ceritakan peristiwa kehilangan anak raja...

2.         Tahap Inferensi

A.        Soalan Terjemahan

            i)          Menjelaskan frasa/rangkai kata.
                        a)         Apakah yang dimaksudkan dengan...
                        b)         Nyatakan maksud...
            ii)         Menjelaskan watak.
                        a)         Siapakah aku...
                        b)         Terangkan keistimewaan watak...

B.        Soalan Aplikasi

            i)Menggunakan idea daripada teks untuk menjelaskan sesuatu perkara.
                        a)    Dapatkah penulis membangkitkan semangat patriotik...
            ii)Menggunakan idea daripada teks untuk membuat perbandingan.
                        a)         Apakah perbezaan antara...

C.        Soalan Analisis
            i)Menganalisis bahan teks untuk menjelaskan maklumat tertentu.
                        a)         Apakah fokus isi yang yang dibicarakan dalam...
            ii)Menganalisis bahan teks untuk menyatakan contoh, alasan, dan bukti.
                        a)         Jelaskan bukti-bukti kelesuan sungai...

D.        Soalan Sintesis
             i)Menggabungkan idea daripada teks untuk memberi cadangan.
                        a)         Bincangkan strategi untuk...

             ii)Menggabungkan idea daripada teks untuk menghasilkan rumusan.                                                         a)         Rumuskan petikan dari sudut...

3.         Soalan Tahap Penilaian

A.        Soalan Penilaian.

            i)Menilai, mengulas dan memberi pandangan terhadap fakta teks.
                        a)         Pada pendapat anda adakah wajar...
            ii)Menilai, mengulas dan memberikan pandangan terhadap pendapat dalam isu.
                        a)         Pada pendapat anda, apakah kesan...

4.         Soalan Tahap Penghayatan

A.        Soalan Penghayatan.

            i)Menghayati bahan teks serta memberi reaksi dari sudut watak dan perwatakan.
                         a)         Apakah perasaan anda terhadap watak...mengapa...
            ii)Menghayati, menilai dan mengulas fakta, idea, dan nilai-nilai murni daripada teks.
                         a)         Huraikan nilai kemanusiaan dalam karya..
             

Peta Minda

Konsep Peta Minda

Menurut Mohd Nasruddin Basar dan Siti Halimah Md. Yassin (2012:17), peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Peta Minda digunakan untuk merancang dan menyusun idea sebagai kerangka pemikiran untuk persembahan lisan bertulis.  Poh Swee Hiang (2000:90) menyatakan bahawa peta minda digunakan dengan menggambarkan apa yang dibaca, didengar atau ditonton sebagai teknik mencatat nota.


Contoh Aplikasi Peta Minda dalam PdP

1. Pengajaran Karangan

Dalam PdP, peta minda digunakan semasa aktiviti pembentangan oleh murid. Aktiviti pembentangan memerlukan murid untuk meringkaskan dan menyusun idea yang telah dibincangkan dalam bentuk peta minda mengikut kreativiti mereka. Contohnya semasa penyediaan rangka karangan, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan satu perenggan isi berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Pemerengganan tersebut melibatkan empat bahagian iaitu Ayat Huraian, contoh, kesimpulan dan peribahasa yang boleh dimasukkan. Hasil perbincangan tersebut hendaklah dipindahkan ke dalam bentuk peta minda sebelum dibentangkan. Murid juga dibekalkan dengan kertas sebak dan pen.



2.  Pengajaran Komponen Sastera

Dalam PdP, guru menggunakan peta minda untuk meringkaskan nota yang ingin diberikan kepada murid. Kebiasaannya dalam pengajaran komponen sastera, guru menggunakan peta minda untuk memindahkan maklumat tentang aspek yang telah dikaji. Contohnya dalam pengajaran drama Inflakasta, guru menggunakan peta minda untuk menerangkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam drama tersebut.





Pengurusan Grafik

PENGURUSAN GRAFIK

Konsep Pengurusan Grafik

Menurut Poh Swee Hiang (1997:87), pengurusan grafik atau Graphic Organizer digunakan dengan meluas oleh Swartz & Parks (1994) dalam program Penyebatian Pemikiran Kritis dan Kreatif dalam pengajaran konten. Pengurusan grafik membantu guru atau pelajar memvisualkan bagaimana mereka berfikir tentang konten atau isi kandungan sesuatu bidang kajian. Pengurusan grafik merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang boleh digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat sesuatu idea.

Contoh Pengurusan Grafik  (PG)

1.PG Membanding Beza.




2.PG Membuat Kategori.




3.PG Meneliti Bahagian-bahagian Kecil dan Keseluruhan.



4.PG Menerangkan Sebab.




5.PG Membuat Ramalan.



6.PG Membuat Periksa Andaian.



7.PG Menjana Idea.



8.PG Menyelesaikan Masalah.







Contoh Pengaplikasian Pengurusan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1.PG Menerangkan Sebab


        PG Menerangan Sebab sesuai digunakan dalam pengajaran karangan. Berikut merupakan contoh pengaplikasiannya dalam pengajaran karangan yang memfokuskan sebab yang mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai.




2.PG Mengkategori

              PG Mengkategorimengkategori digunakan untuk mengelompokkan sebilangan perkara ke dalam kategori yang berlainan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. PG ini boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa seperti yang beikut:




3.PG Membanding beza.
    PG Membanding Beza melibatkan catatan pemikiran melalui aktiviti perbandingan dan perbezaan. Dalam PdP, PG ini boleh digunakan dalam pengajaran cerpen, drama dan novel khususnya dalam pengajaran watak dan perwatakan. Contohnya dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan, murid membandingkan dua watak iaitu watak Pei Wen dan Linda dengan mencari persamaan dan perbezaan kedua-dua watak tersebut seperti rajah di bawah.